Saban waktu sapanjang perjalanan
Jalan-jalan raya kotaku
Lewat senja Begini
Tika gerimis menabur benih
Menerima kehadiran warga kota
Lemas dalam kesabaran
Lelah meresahkan
Dengan luka parah di hati
Ketidaksabaran membengkak
Kesombongan merajai setiap ruang
Semakin padat dengan emosi
Kebosanan menggigit pangkal rasa
Demikian etika di perjalanan
Budi luhur warga kotaku
Tidak lagi berlaku
Yang hadir adalah keserakahan
Memacu menghimpun kekuatan
Menghakis sopan santun
Seperti banjir kilat
Melanda pinggir perjalanan
Fitrah sang manusia
Peradaban kota masa kini
Jalan-jalan raya kotaku
Adalah gelanggang kebuasan
Perlumbaan kebiadaban
Para pesakit
Kemanusiaan semakin mandul
Pada penghujung musim.
Zam Ismail
Kasut hitler,1996.
Mingguan Malaysia, 4 jun 1995.
MAKSUD
Rangkap Satu: Suasana
- Keadaan yang terpaksa ditempuhi setiap petang.
- Jalan raya dilimpahi dengan kenderaan.
- Kesesakan berlaku,
- terutama hujan yang membanjiri jalan raya.
- Kerosakan lampu isyarat.
- Hilang rasa sabar, penat & mengecewakan.
Baris 4 & 6:
Tika gerimis menabur benih
Lemas dalanm kesabaran.
Rangkap Kedua: Sifat diperoleh
- Penyair mempunyai sifat(daya pemerhati nurani manusia & alam yang tajam).
- Beliau “membaca” sikap warga kota.
Seperti pemandu kenderaan yang tersangkut di jalan raya.
- Mereka hilang kesabaran & timbul rasa sombong kerana bosan.
Baris 3 & 4:
semakin padat dengan emosi
Kebosanan menggigit pangkal rasa
Rangkap Ketiga: Perbezaan
Muncul sifat kesombongan & ketidaksabaran pemandu.
Etika & tabiat mereka mereka(warga kota).
Mereka bersifat berbudi bahasa, menolong, peramah, bertimbang rasa.
- Ini menghilangkan fitrah mereka, ingin kedamaian, ketenangan & kesejahteraan.
Rangkap Keempat: Kesimpulan
- Inilah terjadi pada kota penyair.
- Jalan raya menjadi medan untuk mempamerkan sifat negatif.
- Penyair anggap mereka sakit (jiwa).
- Hilang rasa kemanusiaan berkurangan.
TEMA
“ Sikap Masyarakat Bandar”
- Berdepan dengan kesesakan & banjir kilat.
- Banyak sifat negatif boleh dilihat dalam diri masyarakat apabila timbul perkara sebegini.
PERSOALAN
1)Sikap Mementingkan Diri,
- apabila berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas.
2)Jalan Raya Menjadi Gelanggang Perlumbaan,
- untuk menunjukkan kehandalan masing masing.
3)Perubahan Sikap Manusia, kesan dari kemajuan.
- Kesimpulan, manusia kini semakin parah dari segi kemanusiaan.
BENTUK
- Terbahagi kepada 4 rangkap,
Pertama: 8 baris
Kedua: 4 baris
Ketiga: 10 baris
Keempat: 6 baris
- Jumlah perkataan sebaris: 2-4 perkataan.
- Jumlah suku kata sebaris: 5-13 suku kata.
- Rima bagi rangkap,
Pertama: a,b,c,d,e,a,a,c
Kedua: a,b,c,d,
Ketiga: a,b,b,a,a,a,c,a,d,e
Keempat: a,b,b,c,d,e
NADA
Protes, Kritikan terhadap setengah warga kota seperti pemandu waktu kesesakan.
- Sebagai kota sedang membangun,
- Hal ini, harus diterima dengan baik, tanpa rasa emosi & nafdu yang melampau.
UNSUR BUNYI
(i) tika gerimis menabur benih.
(u)budi luhur warga kotaku.
(a) yang hadir adalah keserakahan.
(m) kemanusiaan semakin mandul.
(k) Ketidaksabaran membengkak.
(b) Perlumbaan kebiadaban.
GAYA BAHASA
- Menggunakan kata-kata keras untuk melahirkan rasa kecewa dan terkilan terhadap sikap segelintir warga kota, terutamanya pengguna jalan raya.
[R2 , B1] Ketidaksabaran membengkak
[R2 , B2] Kesombongan merajai setiap ruang
[R3 , B4] Yang hadir adalah keserakahan
[R4 , B2] Adalah gelanggang kebuasan
[R4 , B3] Perlumbaan kebiadaban
Personifikasi
contoh:
.......gerimis menabur benih (R1 B4)
kebosanan menggigit pangkal ( R2 B4)
Kemanusiaan semakin mandul ( R4 B5)
BAHASA KIASAN
Seperti banjir kilat ( R3 B7)
PERLAMBANGAN
contoh: tika gerimis menabur benih ( R1 B 4)
Makna: ungkapan ini membawa hujan ( yang tidak lebat ) telah turun.
contoh: para pesakit
makna: para pesakit disini bukan orang sakit yang biasa dilihat atau didengar .
penyair merujuk 'para pesakit ' yang membawa atau menjadi makna atau menjadi lambang kepda pemandu kenderaan yang sakit jiwa akibat tertekan mengalami kesesakan lalu lintas setiap hari.
PENGGUNAAN PERKATAAN PINJAMAN
contoh: saban waktu sepanjang perjalanan
'saban' adalah perkataan Indonesia yang bermaksud setiap.
METAFORA
adalah gelangang kebuasan
nilai dan pengajaran
1. kesabaran. Penting kesabaran ketika mengahadapi masalah kesesakan di bandar-bandar besar.
2. bertimbangan rasa di kalangan pengguna jalan raya dalam menghadapi sesuaatu situasi di bandar.
3.menghormati. pengguna jalan raya mestilah menghormati penguna yang lain dan tidak semestinya mementingkan diri sendiri ketika berada di jalan raya.