Sajak 2- Pembeli masa sudahDalam sajak ini, penyair melakarkan peranan penyair yang peka dengan kisah dan pengalaman yang ditempuhinya dan juga melalui pemerhatiannya. Penyair menurunkan pengalamn dan sensetivitinya itu dalam bentuk puisi.Penyair merakamkan kehidupan manusia. Pengalaman yang menyentuh emosi dan kepayahan akan diangkat dalam bentuk puisi.
Dalam menghantar puisinya ke depan khalayak pembaca, penyair dapat mengesan satu sifatnya iaitu cerewet dalam memilih persoalan dan pemikiran yang hendak diketengahkan. Beliau berhati-hati agar hasil karya yang dipersembahkan bernilai tinggi. Beliau juga berpendapat bahawa mutu sesebuah puisi akan menentukan peribadi penyair.
Dalam usaha menghasilkan karya, penyair mengambil tahu masalah orang kemudian menghasilkan karya supaya dinilai oleh pembaca. Kadang-kala, penyair juga mengetengahkan masalah dan masa silamnya sendiri dalam karya-karyanya. Beliau menganggap masa silamnya lebih mahal daripada harga ikan dan sayuran di pasar.
TemaTema sajak ini ialah pengalaman atau peristiwa lalu. Penyair mencipta puisi berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya.
PersoalanKehidupan seorang penulis. Hidup seorang penulis menjadi perit kerana pelbagai ikhtiar dilakukannya untuk mendapat idea dan diketengahkan dalam karya.
Pengalaman yang berharga. Bagi seorang penulis, pengalaman hidupnya sangat berharga kerana pengalaman silamnya akan dijadikan bahan dalam berkarya.
Ketelitian dalam berkarya. Seorang penulis harus berhati-hati dalam memilih bahan untuk dijadikan bahan tulisan. Ketelitian ini akan menjadikan dirinya terkenal dan menaikkan imejnya sebagai penulis.
Bentuk1. Rangkap: 3
2. Baris: rangkap 1& 3=9 baris
Rangkap 2= 8 baris
3. Jumlah perkataan : 2 hingga 5 perkataan sebaris
4. Jumlah suku kata: 6 hingga 15 suku kata sebaris
5. Rima akhir: Rangkap 1: a-b-a-c-d-c-c-a-e
Rangkap 2: a-b-c-c-b-a-d-a
Rangkap 3:a-b-c-d-d-e-f-g-d
6. Bentuk sajak: sajak bebas.
Unsur BunyiAsonansi:
“masalah dan masa sudah sendiri”
“di pasar yang dihingari kisah ini”
Aliterasi:
“penyair ialah pengunjung pasar kisah”
“kerana aku penyair kupenuhi hidupku”
Gaya BahasaMetafora:
“penyair ialah pengunjung pasar kisah”
“kulalui lorong-lorong hari sepiku”
Pinjaman: Perkataan Indonesia
“ruwet”
“kembara”
“puncak”
Perulangan: (a)Responsi:
“pemilih yang sukar membuat pilihan”
“pembeli yang keliru dengan rawatan”
(b)Anafora:
“dari gelisah ke payah”
“dari sedih ke perih”
Simile:
“tidak seperti ikan dan sayuran”
Diksi: unsur-unsur bahasa yang lain ialah penggunaan kosa kata Melayu Indonesia iaitu ‘ruwet’ yang bermaksud kesulitan atau kusut.
Nilai Dan PengajaranKegigihan. Pentingnya kegigihan dalam mencari idea untuk berkarya.
Ketelitian. Penulis mestilah teliti memilih bahan-bahan untuk dimuatkan dalam karya.