Ketika Kami Bercerita TentangnyaKetika kami bercerita tentangnya
bapa sedang tidur
aku cukup kenal
pada lelap matanya
tikar mengkuang lusuh itu
barangkali, tambah melenakan bapa.
Tadi
lama sekali bapa menemani kami
mengisi malam-malam seperti selalunya
duduk mengelilingi pelita minyak tanah
yang kecil itu
semacam pahit dan getir pengalamannya
begitu akrab pula
dengan kami semua
Tidak pernah kami menyoal
mengapa demikian
laut sejarahnya
kerana
seperti juga di hutan kehidupan ini
kami sedia memaklumi
akan ketentuan
yang harus digengggam
Asap pelita berkepul
sesekali meliuk digerak angina
ketika kami bercerita
tentang bapa
aku cukup faham
pada sebuah doa yang selalu dibuatnya
semoga ombak masa laluku
bukan gelombang masa depanmu
GURINDAM ALAM, 1994
Masa Enterprise
Tema: keperitan hidup seorang manusia
Nada :sedih
Persoalan:Kasih sayang saling anggota keluarga
Takdir
Harapan
Anak yang setia
Bentuk: sajak bebas, Baris tersingkat: (2 suku kata): Tadi, Baris tepanjang (15 suku kata): pada sebuah doa yang selalu disebutnya
Nilai dan pengajaran
Perlu berasa kasih saying kepada bapa
Mesti memberi perhatian kepada bapa
Perlu menginsafi bahawa apa yang berlaku di dunia ini adalah takdir.
Rangkap pertamaMakna & maksudPenyajak dan adik-beradiknya bercerita tentang bapa mereka sementara bapa mereka tertidur diatas tikar mengkuang yang sudah lusuh. Ini menggambarkan kesusahan hidup penulis sekeluarga.
BentukRima akhir: a,b,c,a,d,a,
Unsur bunyi
Asonansi: Ketika kami bercerita tentangnya (a)
tikar mengkuang lusuh itu (u)
Aliterasi: aku cukup kenal (k)
Rangkap keduaMakna & maksud
Penulis menceritakan bagaimana bapa mereka telah menemani mereka berbual-bual, degan adanya pelita minyak tanah.iniu menggambarkan kemiskinan dan kesusahan hidup bapa penyajak. Tetapi penyajak dan adik beadiknya amat faham akan situasi bapa mereka itu.
BentukRima akhir: a,a,b,c,d,b,b,b,
Baris tersingkat: dua suku kata: Tadi
Unsur bunyiAsonansi: duduk mengelilingi pelita minyak tanah (i)
Aliterasi : mengisi malam-malam seperti selalunya (m)
Rangkap ketiga
Makna & maksud
Penyajak dan adik-beradiknya tidak tidak pernah menyoal mengenai sejarah hidup bapa mereka yang penuh penderitaan. Ini adalah kerana mereka telah memahami tentang takdir yang telah tersurat. Kemiskinan yang dialami oleh bapa mereka tidak boleh ditolak kerana itu semua sudah ditentukan.
BentukRima akhir: a,b,c,c,d,d,b,e,
Gaya bahasaMetafora: laut sejarahnya
hutan kehidupan
Inversi: tidak pernah kami menyoal
Rangkap keempat dan kelima
Makna & maksud
Asap pelita minyak tanah itu berkepul-kepulan. Ketika penyajak dan adik beradiknyabercerita tentang bapa mereka, mereka faham akan doa yang selalu dibuat oleh bapanya. Bapanya berdoa supaya kesusahan hidupnya tidak diwarisi oleh anak-anaknya. Ini menggambarkan betapa kukuhnya kasih saying bapa penyajak kepada anak-anknya.
Bentuk
Rima akhir (a,b,c,c,d,c)dan(a,a)
Baris tepanjang (15 suku kata): pada sebuah doa yang selalu disebutnya
Unsur bunyi
Asonansi: sesekali meliuk digerak angin (e)
Ketika kami bercerita (a)
Aliterasi: Asap pelita berkepul (p)
Gaya bahasa
Perlambangan: “ombak” dan “gelombang” yang menggambarkan kesengsaraan hidup.