BAHASARahman Shaari
Mari kita berbahasa
Sebaiknya.
Bahasa adalah pengatur
Pucuk fikiran yang bertabur
Bahasa adalah pelentur
Ranting perasaan yang bersiur.
Dengan bahasa
Terlihat fakta padu
Terlihat sinar ilmu
Terlihat cinta biru.
Dengan bahasa
Pemimpin memaparkan arah
Di pentas siasah
Dengan bahasa
Orang beriman menikmati ibadah
Khusyuk dan pasrah.
Mari kita berbahasa
Sebaiknya.
Dengan bahasa
Budi dipertinggi
Mesra diperlebar
Dengan bahasa
Kita menjadi kita
Bersama.
Jika tanpa bahasa
Bagaimana akan kita setujui
Perjanjian ini?
Mari kita berbahasa
Sebaiknya.
Penerangan:Bait pertama penulis
mengajak/menasihati pembaca supaya
berbahasa/bertutur dengan sebaiknya.
Pada
bait kedua, penulis menerangkan definasi bahasa.Beliau menjelaskan bahawa bahasa itu adalah
cara seseorang mengeluarkan dan menyatakan idea mereka dengan cukup jelas dan baik. Bahasa juga
melembutkan perasaan yang sedang bercelaru. Bahasa adalah
pengantara sesama manusia.Bait ketiga pula, penulis menerangkan apakah yang dapat diperolehi dengan berbahasa.
Kita dapat
menguatkan fakta,
memperolehi ilmu dan juga
kasih sayang dapat dipupuk.
Bait keempat mengisahkan tentang
pemimpin yang berdiri di pentas-pentas politik membahaskan tentang keadaan sekeliling.
Orang yang beriman pula dapat mengamalkan
ibadahnya dengan khusyuk.
Bait keenam mengisahkan tentang masyarakat yang berbahasa dapat
meningkatkan budi bahasa antara mereka dan
mengeratkan hubungan mereka.
Bait ketujuh penulis menyoalkan bagaimana
perjanjian dapat disetujui sebagaimana penulis mahu kita berjanji untuk berbahasa dengan sebaiknya.
TEMA:Tema sajak ini adalah mengenai
peranan yang dimainkan oleh
bahasa dalam kehidupan seseorang. Penyajak menggangap bahasa itu mamainkan peranan yang penting dalam banyak aspek hidup manusia.salah satunya adalah melalui rangkap ini:
Dengan bahasa
Terlihat fakta padu
Terlihat sinar ilmu
Terlihat cinta biru.
(ps: buktikan dengan bait)
Persoalan:1) bahasa mampu
menenangkan fikiran dan
menyelesaikan masalah.
Bahasa adalah pengatur
Pucuk fikiran yang bertabur
Bahasa adalah pelentur
Ranting perasaan yang bersiur
(ps:buktikan dengan bait bagi mengukuhkan jawapan anda)
2) Bahasa mampu
memperjelaskan keadaan dan
memudahkan ibadat.
Dengan bahasa
Pemimpin memaparkan arah
Di pentas siasah
Dengan bahasa
Orang beriman menikmati ibadah
Khusyuk dan pasrah.
(Ps: buktikan dengan bait bagi mengukuhkan jawapan anda)
3) Bahasa
memudahkan sesuatu perjanjian.
Jika tanpa bahasa
Bagaimana akan kita setujui
Perjanjian ini?
Bentuk:Sajak ini mempunyai
8 rangkap.
Rangkap
1, 5, 8 mempunyai
2 baris- berbentuk
distikhon.
Rangkap
2 dan 3 mempunyai
4 baris – berbentuk
quatrain.
Rangkap
4 dan 6 mempunyai
6 baris –berbentuk
sestet.
Rangkap
7 mempunyai
7 baris- berbentuk
terzina.Jumlah
perkataan/suku kata terbanyak –
4 perkataan dan 12 suku kataOrang beriman menikmati ibadah (R4:B5)
Jumlah perkataan/suku kata
terpendek-
1 perkataan dan 3 suku kata.Bersama. (R6:B6)
Sajak ini juga berbentuk
bebas. Rima akhir bait ini
abbabb.
Dengan bahasa
Pemimpin memaparkan arah
Di pentas siasah
Dengan bahasa
Orang beriman menikmati ibadah
Khusyuk dan pasrah.
Unsur bunyi:Asonansi (penggunaan bunyi huruf
vocal dalam sajak.)
M
ari kit
a berb
ah
as
a (a)
Or
ang ber
iman men
ikmat
i ibadah (i)
Kit
a menj
adi kit
a (a)
Jik
a t
anp
a b
ah
as
a (a)
B
ag
aim
an
a ak
an kit
a setujui (a)
Aliterasi (menggunakan bunyi huruf
konsonan dalam sajak)
Ra
nti
ng perasaa
n ya
ng bersiur (n)
Gaya bahasa:MetaforaPucuk fikiran (R2:B2)
Ranting perasaan (R2:B4)
Cinta biru (R3:B4)
Perulangan:
1)
AnaphoraTerlihat fakta padu
Terlihat sinar ilmu
Terlihat cinta biru
2)
KeseluruhanMari kita berbahasaSebaiknya.*
Pengulangan frasa “dengan bahasa” (3 *)
Nilai dan pengajaran1
Pentingnya berbahasa dengan baik. Berbahasa dengan betul dapat menyelesaikan masalah dan hubungan sesame manusia dapat dipertingkatkan.
2
kita mesti bijak mengguna dan memanfaatkan bahasa. Bahasa memainkan peranan dalam aspek hidup dan jika bahasa dapat digunakan dengan baik, ia akan mendatangkan manfaat.
JAWAPAN MANA-MANA YANG MUNASABAH DAN SESUAI AKAN DITERIMA.